Headlines News :
Home » » Apple Lancar 2 Model iPhone Baru

Apple Lancar 2 Model iPhone Baru

Written By Unknown on Wednesday 11 September 2013 | 03:02


 CUPERTINO (Amerika Syarikat): Dua Apple memberkenalkan dua model iPhone baru iaitu iPhone 5C dan iPhone 5S, di sini, awal pagi tadi.

Kedua-dua model iPhone ini akan mengganti model iPhone 5 yang dilancar tahun lalu.

iPhone 5C mempunyai beberapa ciri yang terdapat dalam iPhone 5 tetapi ia dibuat daripada plastik dan tidak mempunyai tepi aluminum dan bahagian gelas di belakang.

Skrin iPhone 5C berukuran 4 inci dan ia mempunya kamera 8 megapiksel. iPhone 5C boleh didapati dalam warna hijau, biru, kuning, merah jambu atau putih.

iPhone 5C dan 5S dipamerkan. FOTO AP
   iPhone 5S pula mempunyai skrin dan kamera yang sama tetapi setiap piksel lebih besar. Ini bermakna gambar yang lebih berkualiti boleh dirakam dalam suasan yang bercahaya rendah.

Ia juga mempunyai sistem 'dual flash' yang dipanggil True Tone untuk merakam gambar yang mempunyai warna kulit serta wanra lain yang lebih semula jadi.


Butang 'Home' yang juga pengesan cap jari. FOTO Reuters





iPhone 5S juga mempunyai prosesor 64-bit yang lebih laju serta sistem pengecaman jap jari.

Kedua-dua model baru boleh didapati di Amerika Syarikat, Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Puerto Rico, Spungapura dan United Kingdom bermula 20 September. - AP

sumber: harian metro
Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pena Sensasi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger