Headlines News :
Home » » Bukan Anak Derhaka: Wan Nor Azlin Jelas Pasal Isu Halang Bapa Jual Rumah

Bukan Anak Derhaka: Wan Nor Azlin Jelas Pasal Isu Halang Bapa Jual Rumah

Written By Unknown on Thursday 26 September 2013 | 04:07


Kes yang mengaitkan pelakon Wan Nor Azlin menyaman bapanya sendiri, Wan Hussin, 76 telah mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat dan kebanyakan orang telah mengecam tindakannya itu serta menganggap dia sebagai seorang anak yang derhaka serta tidak mengenang budi.

Namun, Wan Nor Azlin, 45, yang juga seorang ibu tunggal itu menjelaskan bahawa tindakannya itu adalah bersebab kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Pelakon drama itu juga kecewa apabila perkara ini diperbesarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang hanya membuat andaian tanpa bertanyakan sendiri mengenai isu itu daripadanya dengan lebih lanjut. Lebih mengguriskan hati Wan Nor Azlin apabila dia telah dituduh mencederakan serta mahu memenjarakan bapa kandungnya itu.

Tindakannya yang disifatkan sebagai anak derhaka itu telah membuatkan Wan Nor Azlin tampil menyuarakan rasa terkilannya. Pernah menjadi anak kesayangan kepada bapanya itu, dia menjelaskan bahawa dia terkilan bukan kerana tohmahan atau cacian orang, tetapi dengan bapanya sendiri.

"Cuba awak fikir, adakah saya punya pilihan lain? Saya dipanggil untuk duduk bersama dengan ayah selepas ibu meninggal dunia pada 2008 dan ketika itu juga saya mengalami pelbagai masalah. Ayah merupakan ayah yang bertanggungjawab di mana dia mengambil berat tentang saya dan cucu-cucunya.

"Ayah saya yang saya kenal bukan seorang yang kejam hingga sanggup melakukan aniaya terhadap saya yang pernah menjadi anak kesayangannya. Adik beradik lain tidak ada cahaya mata dan anak-anak sayalah cucu yang dia ada.

"Saya di ajak duduk dengannya di rumah itu. Tanggungjawab sebagai anak saya buat di mana saya mengeluarkan kos untuk memperbaiki apa yang patut kerana itu adalah pesan arwah ibu untuk menjaga rumah itu dan tidak menjualnya.

"Tak sampai beberapa bulan saya dihalau begitu sahaja. Kerana itu saya terpaksa menuntut balik duit saya untuk membina semula hidup kami. Bila media memainkan isu ini, saya terkilan kerana ia sepatutnya tidak disebarkan, tetapi orang melihat saya sebagai anak derhaka dan sebagainya.

"Biarlah apa orang nak cakap pasal saya, ia sedikitpun tidak meninggalkan kudis di badan saya. Tetapi persengketaan di antara ayah dan saya, itu menjadi kekecewaan dalam diri saya kerana tak dapat menjaga hubungan dan maruah keluarga,"jelas Wan Nor Azlin kepada murai.com.my secara panjang lebar mengenai musibah yang menimpanya dan tiga orang anaknya.

Sebagai anak yang mengenali bapanya, Wan Nor Azlin sememangnya terkejut dengan perubahan yang berlaku pada bapanya itu. Selepas berkahwin lain, bapanya dikatakan berubah personaliti hinggakan dia sendiri tidak lagi mengenali sikap dan keperibadian bapanya itu.

"Kalau pada logik akal manusia tak mungkin seorang bapa bertindak sekejam itu terhadap anak dan cucunya. Tetapi ia berlaku kepada saya dan saya cuba untuk tidak menggunakan media untuk menyelamatkan hubungan itu kerana ia akan memalukan keluarga saya sendiri.

"Tetapi saya hairan kenapa ayah saya tergamak berbuat demikian. Dia yang saman saya sebab saya tak mahu keluar dari rumah. Sebab itu saya cuba menahan dengan injuksi untuk tidak menjual rumah tersebut. Dan saya kalah tidak mengapa. Apa yang penting saya bukan mahukan rumah itu tetapi wang untuk saya besarkan anak saya yang juga cucu-cucunyanya.

"Ketika ada jiran membantu memberikan bekalan elektrik dan air selepas ayah memotongnya sendiri, ayah sanggup bergaduh dengan jiran. Anak kedua saya yang ketika itu sedang menjalani UPSR terpaksa mengharungi semua ini dan saya rasakan itu adalah tindakan amat tidak wajar.

"Kalau orang tengok saya bercakap, ia diibaratkan seperti meludah ke langit, tetapi apa pilihan yang saya ada? Kami adik beradik juga hairan dengan perubahan ayah dan saya tidak ada pilihan lain, hanya teruskan hidup macam biasa untuk anak-anak,"ceritanya dalam nada kecewa kepada wakil Murai.com.my yang menemuramahnya di majlis pelancaran drama lakonan Wan Nor Azlin, Mencintaimu semalam.

Mahkamah Tinggi Syariah baru baru ini meluluskan bantahan awal bapa aktres terhadap permohonan harta sepencarian yang dikemukakan oleh Wan Nor Azlin bagi pihak ibunya yang telah meninggal dunia.

Menurut Hakim, Mohamed Fouzi Mokhtar dalam keputusannya, tuntutan Wan Norazlin Wan Mohd Hussin tidak munasabah dan wanita itu tiada hak di sisi undang-undang, serta mahkamah juga memerintahkan kes yang difailkan sebelum ini dibatalkan serta kos guaman ditanggung oleh Wan Norazlin.
sumber: Murai
Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pena Sensasi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger