Headlines News :
Home » , » Syazwan Zulkifli Dikatakan Mabuk Ketika Membawa Nabila Huda Dan Kaisha Namun Dinafikan

Syazwan Zulkifli Dikatakan Mabuk Ketika Membawa Nabila Huda Dan Kaisha Namun Dinafikan

Written By Unknown on Thursday 12 September 2013 | 05:04


Ahad lepas Malaysia digemparkan dengan kemalangan yang melanda nak penyanyi rock tanah air Nabila Huda bersama anaknya Keisha. Kemalangan tersebut menyebabkan pelakon tersebut cedera tulang belakang dan anaknya mengalami keretakan di bahagian tangan kiri.

Berikutan insiden tersebut, ada sesetengah pihak telah membuat tuduhan yang kononnya pemandu kenderaan tersebut yang juga pelakon filem Juvana, Syazwan Zulkifli didakwa mabuk sewaktu memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Namun begitu, Syazwan telah tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa dia lebih risau akan keselamatan kedua-dua penumpangnya berbanding diri sendiri.
Secara logik, takkanlah saya mabuk pada siang hari apatah lagi saya membawa nyawa orang dalam kereta.
Saya sangat kecewa dan marah dengan tuduhan yang sedemikian. Perkara mahu terjadi, tiada siapa yang minta diri mereka terbabit dalam kemalangan.
Mereka tidak tahu apa yang terjadi tapi sibuk memberi pelbagai komen. Jika mahu tahu, kereta saya kini berada di Mentakab, Pahang dan saya belum lagi buat apa-apa tentangnya kerana saya masih risaukan Nabila dan Keisha.

Syazwan turut akui buat masa ini dia masih belum berpeluang bertemu dengan bekas suami Nabila Huda, Eddie bagi memohon maaf atas apa yang telah berlaku.
Setakat ini, saya belum berdepan atau menghubunginya untuk minta maaf. Saya cuma sempat memohon maaf kepadanya menerusi Twitter.
InsyaAllah apabila keadaan sudah reda, saya akan mengajak Nabila berjumpa dengan keluarganya untuk memohon maaf secara peribadi. Saya berasa bertanggungjawab dan masih dirundung rasa bersalah berikutan kemalangan itu.
Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Pena Sensasi - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger